Wednesday, December 29, 2010

MenJelaNg TaHuN 2011

2 comments


2010 sudah mahu menutup tirainya.......
membuka ruang pada 2011 untuk beraksi dengan pelbagai macam perkara
macam-macam pengalaman pahit, sedih, gumbira suka dan duka telah dirasai sepanjang tahun nih..

2010,
Kira tahun pertama aku bertukar status dari pelajar (sgt rindu untuk noty2 mcm dulu) kepada seorang yang bekerja....menjadikan aku lebih matang (walaupun ada gila2)..*sapa nak kawen ngan aku yg sengal ubi ni agaknya kan??? huhuhuh

Mengambil pengalaman sebanyak mungkin untuk dipalitkan dalam ingatan

~coretan sepanjang 2010~

KERJAYA
Tahun pertama bekerja sektor kerajaan ....tahun keterujaan.... jumpa dengan kawan baru (best sgt - Geng Bas Sekolah) bergelak ketawa, gadoh2 manje...berkelahi..silap2 bertomoi.....di ruangan kegemaran -> bilik mesyuarat... 
ohh sahabat  u r the best !!
Di situ aku mula ada hobi baru...hobi posing2 sbb dah jumpa rakan sekepala (dh la mmg gile kamera)...huhuhuh sgt best sbb setiap perkara dirakam untuk dijadikan moment kami....kerja tetap kerja tp kami tidak lupa untuk bergumbira a.k.a BERJIMBA.....bekerja di situ juga membuka minda aku untuk mengetahui banyak perkara yang aku sendiri tidak tahu.....bekerja di sini juga membawa aku ke merata tempat.....ye2..aku sedia belajar dari bawah....biar dikatakan bodoh tp aku mahu belajar semula selangkah demi selangkah......aku mulai mempertajamkann semula kemahiran yg aku hampir lupa (dgn berkat tunjuk ajar mereka disini)......walaupun adakala stress dibuatnya dengan mcm-mcm hal tp aku hepy keje di sini ....Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi disini....*mahu buktikan diri mahu menjadi lebih baik dan berkualiti :)


~hati yg telah disakiti~

FEELING CINTAN-CINTUN
Tahun air mata berderai-derai....sedih sgt2..bila hati disakiti...tak tahu apa alasan tp kejujuran ku dipermainkan......yang PERTAMA....biar hati dipermainkan berulang kali, biar hati disakiti melihat dia menipu diri ini.......kemaafan yang tidak ikhlas ku beri..namun aku hanya berdoa setiap perbuatan akan dibalas jua....manusia hidup bagai roda, sekejap di atas sekejap di bawah......ya2...mungkin skang dia brada di atas tp akan dtg dia juga berada di bawah...begitu juga yg KEDUA, hati ini disakiti tatkala dijadi pilihan kedua dan dia memilih dia......aku memang aku yg selalu berundur demi melihat kebahagian org lain...itu memang aku.....KETIGA pula bermula dari teman kepada menjadi rasa......aku dapat rasa itu...tp aku tak tahu betulkah rasa itu....satu, dua ke tiga seterusnya berbelas2 pertemuan akhir tidak membuah rasa..bukan aku tapi dia.......penjelasan dibuat dan aku akur......sekali lagi aku memang aku....walau x mampu buang terus rasa itu, tp kejauhan bisa buat aku lupa.....takpe2.....aku tahu aku punya peluang itu, hanya perlu menunggu waktu...aku biarkan ...biarkan waktu itu....aku hanya perlu ikut jalan aku......*go with the flow......tak sedar macam2 emosi lahir sepajang thn nih..huhuhhuh (^_^) apa pun ku tahu ada yang sayang aku


~money2~
 KEWANGAN
Tahun ni jugak la aku dpt jugak membalas sket jasa mak apak aku....walaupun tak banyak tp aku puas sbb kurang2 aku dpt menjalani tanggungjwab aku sebagai anak (konon mahu jd solehah)...... dgn duet gaji ni jugak aku hehehehe malu mahu cakap daaa mendftar diri untuk ke kelas memandu *kene kecikkan font...ngeeee~...akhirnya impian  aku tercapai (walaupun agak terlambat a.k.a lanjut usia nak ada lesen)......tp biasa lah aku agak keborosan sket.....Untuk tahun depan kena bukak buku lejar plak...nak kira btul2 kerana perancangan aku untuk mengambil sesuatu yang 'baru' untuk dijadikan HADIAH hari lahirku  (tak kisah la...lambat ke cpt)........turut mahu menyimpan untuk hari tua....eh...bukan2...hari bahagia nanti.....pastu hari bila dh beranak pinak..pastu bru hari tua..hahahaha......oke2.....*stat 1 Jan 2011 nak menabung RM 1  Satu Hari...heeee~




Tibe2 xde idea plak........erm rasa nye cukop kot cerita carut carutan nih.....yg lain biarlah rahsia...huhuhuhuh apa pun 2011 nih mahu la sket pembaharuan....paradigma.....menjadi baik kepada yang lebih baik......kene pandang belakng sbb yg belakang tu yang membawa kita ke depan sehingga kita jadi macam ni......*aku tak akan lupa mana asal ku* kini mahu bukak buku baru......untuk rasa perkara baru yang lain plak.....tapi aku tetap aku.....aku takkan lupa aku.......dan aku akan terus mengetuk macam2 bende kt teropahopah aku nih....huhuhuhuhu nak jadi blogger yang berjaya.... :)

*akunotyyangbaik

Wednesday, December 22, 2010

CanTiK LeLaKi , GagAH WaNiTA

1 comments

busan dah tak tahu apa mahu dicoretkan tapi bila dah digodak2...akhirnya terlihat blog amirsaid7

ingat lelaki tak bley ke jadi cantik.....tp cantik lelaki cantik yang berbeza~

LELAKI CANTIK ialah
  • lelaki yang mengalirkan air mata untuk ingatan
  • lelaki yang sedia menerima sabarang teguran
  • lelaki yang memberi madu setelah menrima racun
  • lelaki yang tenang dan lapang dada
  • lelaki yang sentiasa berbaik sangka
  • lelaki yang tak pernah pututs asa

perempuan juga mampu jadi GAGAH~~

GAGAH perempuan bila:-

  • tahan menerima sebuah kehilangan
  • tidak takut dengan kemiskinan
  • tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • tidak meminta-minta untuk memenuhi segala keinginan

*akunotyyangbaik.

Tuesday, December 21, 2010

NaK WaT MaTa Besar BunTaQ (^_^)...info for gugurl only

3 comments
The following tricks will make your eyes look larger. (If you are nearsighted, your glasses will make your eyes look smaller, so your eye makeup needs to make your eyes look larger.)

1. Apply eye liner at the base of the top lashes, starting at the centre of the eye and continuing to the outer corner. The area between the centre and inner corner of the eye is not outlined. In the same way, apply eye liner on the lower lid only from the centre outwards.

2. The easiest way to apply eye liner on the lower lid is to dot eye liner at the base of the lashes and then blend it in with a thin sponge applicator

3. Apply white kohl pencil on the inside rim of the lower lashes. This will give you a dewy, wide-eyed look and make your eyes look larger.

4. Your lashes frame and define the shape of the eyes, which is why mascara makes the eyes look bigger. Add an extra coat of mascara to the outer lashes as this will elongate the shape of the eyes and make them appear larger.

~before~

~after~

*nak lebih santek n galak mata tuh...pemakaian bulu mata adalah digalakkan (pada mereka yg mempunyai bulu mata pendek macm saye oke!).....tp fake eyelash kene yg looks natural baru sesuai untuk dipakai pada siang hari....

Monday, December 20, 2010

iBu SayAnG Kamu

3 comments

pertama kali ibu tgk kamu......
ibu suka sangat
ibu tahu kamu untuk ibu........
kamu sihat sangat......
kamu juga sempurna di mata ibu

kamu nakal...sama macam ibu......
berlari sana sini...aduh sungguh buas kamu
tapi tak mengapa.....sebab kamu racun dan kamu juga penawar

bila di kantor ibu teringat kamu......
teringat keriangan kamu....
keriangan ketika terdengar suara ibu yang pulang dari kerja....
mengintai dan melihat kelibat ibu kamu pulang dari mencari rezeki yang halal

kamu kelihatan suka bila ibu mengagah kamu...
terasa penat hilang bila mana melihat kamu
ibu cuma harap satu, agar kamu tahu meninggalkan kamu
bukan bermakna tidak sayang pada kamu......
tapi itu pengorbanan ibu besarkan kamu.....
bagi kamu cukup makan...makan makanan yang menjadi kesukaan kamu

Ibu nak kamu tahu " IBU SAYANG KAMU"

Boboy jangan nakal-nakal kt rumah....nnti petang ibu main2 dengan kamu ye

*boboy merujuk kepada hamster jenis dwarf yang sangat cute (^_^)



~boboy selalu begini...noty like mummy~

*akunotyyangbaik

Wednesday, December 15, 2010

LaJu...LajU...BuAi Ku LaJu.....

7 comments

Laju laju buai ku laju.....
pohon beringin, daunnya rendang.....
tempat bermain pari dan mambang....
Aku nak kawin dengan anak raja......
Nak kawin anak raja !!!

*petikan lagu Bawang Putih Bawang Merah

Apsal aku tetiba dok gatai nyanyi lagu ni nih......
dok terbayang irama dan bait-bait lirik......
haish...saat otak berpusing.....
badan pulak menangkis segala kuman hitam
yang bisa buat diri lemah terbaring...owh tidak.....

bila keadaan jadi begini...mula pikiran sempit jadi pelik.....
terpikir macam macam....
dan yang paling best.......rasa mcm nak kawin
hati menjerit nak kawin...pulak dah ....
Ma! nak kawin......Ma! nak kawin....


~MAK KU MAK DARA~ XP


Pastu terngiang plak suara gempita bunda tercinta umpama jeritan MAK DARA

" Kalau dah gatai sangat,aku carikkan pak tua kerepot yg berbeskal yang sibuk dok carik anak dara tu....kau nak?"

Alamak........biar pun anaknyer ni cantik pun tidak...takat cute je ader..nak la jugak yang berstatus muda teruna......huhuhuhu

tak tercapai akal ku jika dipaksa juga berkahwin....terus-terus dapat gelaran opah, kene melayan cucu 'express' keliling pinggang...haaa tak ke naya.......tua sebelum usia.....tamo..tamo

haish bila nak demam.. mula merapek kerepek......auw..
Grrrrr~ sejuk plak di kubikel nih........
oke2 mahukan satu percutian ujung minggu ni......
hanya menunggu KA-ching...Ka-ching.......dan segala yang dirancang dapat direalisasikan....
Erm....rindu ~ BULAN


*Akunotyyangbaik

Wednesday, December 8, 2010

Angkara si KataK KemBoNg

2 comments


Angkara si katak kembong
Aku kebekuan
Aku kesejukan
aku terkandas........


Bahana Katak Kembong
Keluar suara lalakan yang menggila 
Yang bisa membuat lelendir telinga mencair....


Kau Katak Kembong.......ntah apa yang kau panggil
Teringat lagu bangau oh bangau
Lirik " katak oh katak kenapa panggil hujan??"
Aduh, tiba-tiba langit jadi kelabu


Awan tidak mampu menampung
Jisim berat si air yang terkandung
Disoroti dengan suara si Katak Kembong
Aduh......memang aku terkandas........


Aku mahu pulang
Tapi ini semua salah si Katak Kembong
Katak Kembong punya salah


Tapi alangkah bagus kalau
Aku ke temu sama Katak Kembong
Mungkinkah dengan satu ciuman akan menukarkan segalanya.....
Menukar langit menjadi cerah
Cerah sehingga wujud sang pelangi yang mampu memberi warna
Warna pada setiap manusia yang akhirnya membentuk satu senyuman....


Wah!!! aku mahu  Katak Kembong kalau begitu
Aku mahu warna pada hidup aku
Aku mahu rasa cerah dalam hidup aku


Atau mungkin kah Katak Kembong bisa bertukar menjadi teman dampingan?????




Ya2...aku Mahu Katak Kembong Itu.... 

*Akunotyyangbaik

Wednesday, December 1, 2010

HeY LaDIeS AnD GuYS.......

0 comments


Bicara Sang Arjuna bersama Si Dewi


SANG ARJUNA 

"Hey ladies jangan mau di bilang lemah. kamu juga bisa menipu dan menduakan. bila wanita sudah beraksi dunia hancur. hey ladies sekarang cinta pakai otak. jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu. bila dia merayumu ingat semuanya bohong."

petikan diambil dari  


 SI DEWI

"Hey Guys jangan mau di bilang kuat. kamu juga bisa jatuh dan ditinggalkan.bila wanita sudah beraksi dunia hancur. hey guys, cinta guys sekarang cinta seks (sebilangannya). jangan main hati dan juga main waktu. bila wanita menyerangmu ingatsemuanya angkara bohong kamu."

petikan dari nukilan Zakiah Mat Gendut

Kau yAng akU piLiH......

6 comments


Mula mengenali kamu
Aku terkaku
Aku malu tapi aku mahu juga pilih kamu

Kamu tidak lah sempurna mana
Tapi aku tetap pilih kamu
Kerana kau buat aku selesa
Selesa bila berada didakapan mu
Yang mampu memberi kehangatan kepada diriku
Saat aku perlu kamu
Kamu selalu ada untuk aku
Kau penenang jiwa ku
Saat ku ketakutan dengan detup detir sang guruh 
 Yang bermaharajalela di langit kelabu

Walau jauh mana aku dengan kamu
Kau tetap berada di fikiran ku, di mata ku
Di mulut ku sentiasa terukir nama panggilan manja mu

OOhh aku rindu kamu.....
Aku tak lena tanpa mu disisi.................

Walau banyak yang datang pada ku
Tapi aku tetap pilih kamu
Kerana kamu sahaja tahu aku
Dan aku tahu kamu
Ya aku tahu kamu
OOwh Bantal Busuk Ku....

Aku sentiasa setia dengan kamu
Walau terpaksa berkongsi kasih pada akan datang
Tapi AKU TETAP PILIH KAMU,........... :)








*akunotyyangbaik

Monday, November 22, 2010

KePUaSan ItU...KePUaSaN AKu

1 comments
kepuasan itu .....kepuasan aku
penat lelah berhari hari......
tak mengapa
sebab kepuasan itu kepuasan aku

Kepuasan itu kepuasan aku
tak mengapa berbelang hitam
dek perbuatan terik sang matahari
tak mengapa sebab
kepuasan  itu kepuasan aku

kepuasan itu aku yang punya
tak mengapa...berjam-jam atas jalanan
demi mencari kepuasan
tak mengapa sebab
kepuasan itu kepuasan aku

kepuasan itu kepuasan aku
melihat terbentang luas Laut China Selatan
asyik, kagum, terpana, syukur...
hati mahu menjerit tapi malu
tak mengapa sebab
kepuasan itu kepuasan aku

kepuasan itu kepuasan aku
mata melilau tangan mengagau
rambang-rambang...nafsu-nafsu
tak mengapa sebab
kepuasan itu kepuasan aku

kepuasan itu kepuasan aku
dari utara ke selatan
dari timur ke barat
ku balik semula ke timur
tak mengapa sebab
kepuasan itu kepuasan aku

kepuasan itu kepuasan aku
biarpun berteduh pada bilik yang hodoh
berteman cik siti........oh cik siti.....cit...cit...
tapi tak mengapa
demi mencari kepuasan
kepuasan yang menjadi hak aku

kepuasan itu kepuasan aku
ya-ya...aku puas
menjejak ke tempat yang aku tak pernah terfikir
tapi tak mengapa sebab demi mencari kepuasan
kepuasan yang menjadi milik aku

mahu lagi kembali jika ada ruang...jika ada masa....dan kelapangan
yang pasti untuk mencari kepuasan lagi...
tak mengapa sebab kepuasan itulah yang aku cari-cari.....

Gurlz behind the lense..pastikan perancangan di buat rapi selepas ini...


*notyyangbaik

Tuesday, November 16, 2010

SeLaMaT MenyAmBut Hari RaYa AIdiLAdha

0 comments
oke2.......semangat kerja sedikit berkurangan hari ini......
menantikan hari esok hari yang istimewa (sebenar nya untuk para-para jemaah haji tapi nak menumpang rasa kesyukuran juga) :)




Dikesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua.




*notyyangbaik mahu pulang ke rumah untuk buat persiapan wajib satu family........setiap tahun mesti ada nasi impit, rendang, kuah kacang....tapi tahun ni bonda tercinta "rajin" sangat dan decide nak masak nasi ayam.....erm.....apa ape je la....janji makan......tapi peringatan untuk diri >>>>> kena diet esok ok..selera kena control....ayoyo! X(

Monday, November 15, 2010

AlKiSah AkAL DaN NaFSu..........

1 comments


Bermula di tanah Maghribi
Kisah 2 lelaki
Yang berbeza personaliti
Namun punyai persamaan hakiki

Akal dan nafsu
Nafsu dan akal
Sembilan dan satu
Satu dan sembilan

Illahi sengaja menduga diri
Menguji melihat keimanan diri
Akal nafsu , sembilan dan satu
Ya...akal nafsu, sembilan dan satu
Berdepan dengan si bidadari
Bersosok mengiurkan menggoyah diri
Dua-dua bertahan mengawal hati

Tidak......tidak mampu bertahan bila nafsu menguasai
Tidak mampu bertahan bila satu menguasai

Akal.........sembilan akal
Di sini akal berfungsi.....
Untuk melihat konsikuensi
Apa yang terjadi............
Dua lelaki sembilan akal satu nafsu berdiri
Seorang berdiri mendekati
Dan seorang berdiri menjauhi

Kecundang dan terus kecundang
Hanya dia lelaki seorang......
Yang kalah dengan perang
Akibat Nafsu yang Menjalang
Berbeza satu lagi.....
Merasa ia memakan diri
Jauh dan terus menjauhi 
Walau bidadari dah berada di sisi

Kalah dan terus kalah 
Kalah dengan ujian diri
Nyata memberi kesan sampai MATI
Dan satu lagi
Mampu mengharungi cubaan Illahi
Berjaya menjauhi
Menggunakan akal yang diberi
Untuk menolak nafsu yang cuba menguasai




* Tidak suka lelaki yang gunakan 9 AKAL untuk mendapatkan satu NAFSU nya.......harus di rejam sampai mati......perancangan dibuat sebaik mungkin menggunakan akal yang ada untuk melempiaskan nafsu yang membuak-buak.........JIJIK bila mendengar.....harus kah memandang pada wajah nya??? haruskah mendengar pada suara nya???haruskah percaya setiap kata-kata nya??? owh tidak.....JIJIK dan terus JIJIK.

JIJIK kerana melihat kebaikan yang dibuat untuk menutup kejahatan senyap yang ada.......wow...KEJAHATAN SENYAP.......  :)

ya-ya.....Kenikmatan dan kepuasan diri ( perbuatan yang tak menghalalkan cara).....memang xakan habis dan akan bersisa sampai nak MATI......tapi harus diingat seksaan yang bakal ada nanti......kerana ini dikirakan BESAR.....dan sangat BESAR...BERAT dan memang BERAT


Pasti aku bukan Tuhan untuk menghukum cuma ini sebagai peringatan apabila berada di AMBANG nanti.....Bertaubatlah.......Bertaubat lah.......Bertaubatlah selagi hayat dikandung badan :)

"
Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Surga)."

(QS. An-Nur [24]:26)

Tuesday, November 9, 2010

BILA HANJING MULA MENYALAK

2 comments


bila hanjing mula menyalak.....
menyalak lah kau.........teriak lah kau

bila hanjing mula menyalak.....
terpekik terlalak mula jelak

bila hanjing mula menyalak...
apa kau perlu tempelak wahai hanjing menyalak....

bila hanjing mula menyalak.....
menyalak melalak cuba mengelak....

bila hanjing mula menyalak.....
itu tanda nya apa.......

itu tanda mahu penyepak.....
sepak terajang menyepak......
elok untuk si hanjing menyalak

 Hey Hanjing Menyalak
jangan berani dekat, jangan berani rapat
jangan berani kau menyalak di sini

Nyah! pergi kau hanjing
kau tak perlu ada di sini....
buat semak bikin menyemak
hanjing oh hanjing yang mula menyalak

bila hanjing mula menyalak
aku benci
baik mati hey hanjing menyalak
kamu baik mati
buat semak bikin menyemak

perlukah rasa kasihan
pada hanjing yang menyalak
owh tidak, harus di tolak
YA- YA harus ditolak


*bila hanjing mula menyalak...itu mesti ada yang tak kena......pasti ada yang tak kena....ya...memang ada yang tak kena.....tp menyalak pada benda yang dirasakan tidak masuk akal...rasanya harus dibenamkan ke lumpur busuk, biar lemas sampai MATI..

 p/s: dh tulis pasal hanjing menyalak.....pasni nak tulis pasal cacing yang kepanasan la pulak.....heeeeee~


~notyyangbaik~






Monday, November 8, 2010

bErUBaH UntUK SaTu PeRUbAhAN............

3 comments
"Berubah dengan mengubah sesuatu yang boleh diubah untuk satu perubahan"


aku mahu berubah
dari yang biasa kepada yang luar biasa

 aku mahu berubah
dari baik kepada yang lebih baik

aku mahu berubah
dari yang matang kepada yang lebih matang

aku mahu berubah
dari yang kosong kepada yang penuh

aku mahu berubah
dari yang karat kepada yang kilat

aku mahu berubah
dari yang gelap kepada yang terang

aku mahu berubah
dari yang hitam kepada yang putih

aku mahu berubah
dari yang jelek kepada yang cantik

aku mahu berubah
dari yang lemah kepada yang kuat

aku mahu berubah...mengubah sesuatu yang boleh diubah untuk satu perubahan

namun,

perubahan tidak mengubah asal ku
perubahan tidak mengubah asal ku
perubahan tidak mengubah asal ku


aku tetap aku yang dulu


aku cuma mahu jadi luar biasa, lebih baik. lebih matang, penuh, kilat, terang, putih,cantik dan kuat.........


aku mahu berubah hanya untuk satu perubahan yang ku rasakan perlu.......


aku mahu berubah...........tapi aku tetap aku yang dulu


yang hanya kekal......aku tetap noty yang baik.......atau mungkin yang lebih baik..ya-ya....aku NOTY YANG LEBIH BAIK.......huhuhuhuhuhu




~akunotyyangbaik~

Thursday, November 4, 2010

KeBOdOHAN Si BoDoH

1 comments
~You are loser  and stupid as well~



Aku tak mahu jadi bodoh
membuat diri ini nampak bodoh

Membiarkan diri ini diperbodohkan
Dan biarkan diri jadi bodoh

Bodoh lah aku membiarkan diri diperbodoh-bodohkan
kerana aku bukan bodoh nak dibodohkan

Aku nak biarkan yang membodohkan pula diperbodohkan
Aupaya dia pula yang nampak bodoh.......sangat bodoh


* ketawa kecil *

Ternyata dia sekarang kelihatan bodoh
Merasakan sekelilingnya membodohkannya
Itu akibat memperbodohkan yang tak bodoh
Kesan, diri sendiri yang nyata bodoh dan bodoh


Hey si Bodoh,


Kebodohan  memperbodohkan telah nyata kelihatan
Jangan la kau si bodoh nak buat-buat bodoh
Memang kau bodoh dan seharus kau pula diperbodohkan


Kesian si bodoh....membodohkan dirinya sendiri tanpa sedari.....atau pun ianya disedari
Cuma tidak mahu ambil peduli......demi kepentingan diri......yang hakikat TAK LAMA LAGI........


BODOH bodoh si bodoh,

Jangan lupa ada yang membela
Pada mereka yang terluka
Akibat perbuatan kau yang alpa
Yang hanya tahu penuhkan nafsu yang ada

Hey bodoh si bodoh

Dah tak laku lakonan kau
Dah tak laku kata-kata berlandas hukum kau
Dah tak laku lawak jenaka kau
Dah tak laku semuanya.........

Sekarang aku memandang kepada kebodohan kau
Kebodohan yang akhir akan memakan diri kau
Memakan diri kau
Aku manusia tiada kuasa menghukum
Namun, aku tahu Yang Esa itu ada
Tidak perlu tunggu di hukum di 'sana'
Di sini juga pasti kena

Bodoh, bodoh, si bodoh
cukup-cukup memperbodohkan
kerana aku bukan BODOH..........harus di ulang ye...AKU BUKAN BODOH



*Noty Yang Baik can smell sumthing bad....so go away u bad.....me seriously dun like it.....u are seriously psyco........u gud in front but very jerk at back.......go away u sh*T.....!


~notyyangbaik~

Wednesday, November 3, 2010

YaNg HiTAm AkAn TErUs JaDi HiTAm

1 comments



Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan  kau cuba nak tukar jadi putih

Jangan kau nak sembunyi
Sebab aku dah ketahui

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Jangan kau cuba nak lari
Semuanya dh aku ketahui.....aku KETAHUI

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Kau akan terus jadi hitam Sang Hitam
Sebab kau dah rosakkan yang PUTIH

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Jangan nak lari jangan nak sembunyi
Kerana hitam kau Sang Hitam sampai MATI

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Kerana putih kau xakan berkalih
Kerana KAU DAH ROSAKKAN YANG PUTIH

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Aku tahu kau banyak DALIH
Kerana kau cuba sembunyikan kesalahan kau pada PUTIH

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Jangan kau ingat Sang Hitam 'ITU' akan berakhir
Kerana ia sememangnya belum berakhir

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Jangan kau anggap kau boleh terus putih
Setelah kau ROSAKKAN PUTIH...........KAU ROSAKKAN PUTIH

Sang hitam yang akan terus jadi hitam
Jangan kau cuba nak tukar jadi putih

Dendam akan terus jadi Dendam
Sampai MATI ku doakan kau terus HITAM dan BUKAN putih


* Buat PUTIH, kau harus bangkit.....
   Jangan biarkan hitam berdekah syaitan melihat kau..........

   Buat HITAM....Hey! jangan cuba sembunyi.....AKU DAH KETAHUI...........
   Ops....! aku dan   mereka...AKU DAN MEREKA
   Jangan ingat kau boleh berkalih lain setelah kau 'HITAMKAN' PUTIH.......
   Sandiwara Sang HITAM berakhir...........
   Jadi STOP PRETENDING YOU JERK!  DISGUST YOU!!!!