Wednesday, December 8, 2010

Angkara si KataK KemBoNg



Angkara si katak kembong
Aku kebekuan
Aku kesejukan
aku terkandas........


Bahana Katak Kembong
Keluar suara lalakan yang menggila 
Yang bisa membuat lelendir telinga mencair....


Kau Katak Kembong.......ntah apa yang kau panggil
Teringat lagu bangau oh bangau
Lirik " katak oh katak kenapa panggil hujan??"
Aduh, tiba-tiba langit jadi kelabu


Awan tidak mampu menampung
Jisim berat si air yang terkandung
Disoroti dengan suara si Katak Kembong
Aduh......memang aku terkandas........


Aku mahu pulang
Tapi ini semua salah si Katak Kembong
Katak Kembong punya salah


Tapi alangkah bagus kalau
Aku ke temu sama Katak Kembong
Mungkinkah dengan satu ciuman akan menukarkan segalanya.....
Menukar langit menjadi cerah
Cerah sehingga wujud sang pelangi yang mampu memberi warna
Warna pada setiap manusia yang akhirnya membentuk satu senyuman....


Wah!!! aku mahu  Katak Kembong kalau begitu
Aku mahu warna pada hidup aku
Aku mahu rasa cerah dalam hidup aku


Atau mungkin kah Katak Kembong bisa bertukar menjadi teman dampingan?????




Ya2...aku Mahu Katak Kembong Itu.... 

*Akunotyyangbaik

2 comments:

Emi Dino said...

mana tau kan?!!! mungkin ya teman dampingan mu dgn comolot si katak tuh... cam cerita PUtera Katak tuh...jgn muka cam katak je udah!!! wah!!! dah dpt firasat ker?

aidahkasri said...

hurm.......harap sangat KATAK tu ada dengan kamu biar saya dapat lihat kamu HAPPY selalu...

Post a Comment