Wednesday, December 29, 2010

MenJelaNg TaHuN 2011

2 comments


2010 sudah mahu menutup tirainya.......
membuka ruang pada 2011 untuk beraksi dengan pelbagai macam perkara
macam-macam pengalaman pahit, sedih, gumbira suka dan duka telah dirasai sepanjang tahun nih..

2010,
Kira tahun pertama aku bertukar status dari pelajar (sgt rindu untuk noty2 mcm dulu) kepada seorang yang bekerja....menjadikan aku lebih matang (walaupun ada gila2)..*sapa nak kawen ngan aku yg sengal ubi ni agaknya kan??? huhuhuh

Mengambil pengalaman sebanyak mungkin untuk dipalitkan dalam ingatan

~coretan sepanjang 2010~

KERJAYA
Tahun pertama bekerja sektor kerajaan ....tahun keterujaan.... jumpa dengan kawan baru (best sgt - Geng Bas Sekolah) bergelak ketawa, gadoh2 manje...berkelahi..silap2 bertomoi.....di ruangan kegemaran -> bilik mesyuarat... 
ohh sahabat  u r the best !!
Di situ aku mula ada hobi baru...hobi posing2 sbb dah jumpa rakan sekepala (dh la mmg gile kamera)...huhuhuh sgt best sbb setiap perkara dirakam untuk dijadikan moment kami....kerja tetap kerja tp kami tidak lupa untuk bergumbira a.k.a BERJIMBA.....bekerja di situ juga membuka minda aku untuk mengetahui banyak perkara yang aku sendiri tidak tahu.....bekerja di sini juga membawa aku ke merata tempat.....ye2..aku sedia belajar dari bawah....biar dikatakan bodoh tp aku mahu belajar semula selangkah demi selangkah......aku mulai mempertajamkann semula kemahiran yg aku hampir lupa (dgn berkat tunjuk ajar mereka disini)......walaupun adakala stress dibuatnya dengan mcm-mcm hal tp aku hepy keje di sini ....Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi disini....*mahu buktikan diri mahu menjadi lebih baik dan berkualiti :)


~hati yg telah disakiti~

FEELING CINTAN-CINTUN
Tahun air mata berderai-derai....sedih sgt2..bila hati disakiti...tak tahu apa alasan tp kejujuran ku dipermainkan......yang PERTAMA....biar hati dipermainkan berulang kali, biar hati disakiti melihat dia menipu diri ini.......kemaafan yang tidak ikhlas ku beri..namun aku hanya berdoa setiap perbuatan akan dibalas jua....manusia hidup bagai roda, sekejap di atas sekejap di bawah......ya2...mungkin skang dia brada di atas tp akan dtg dia juga berada di bawah...begitu juga yg KEDUA, hati ini disakiti tatkala dijadi pilihan kedua dan dia memilih dia......aku memang aku yg selalu berundur demi melihat kebahagian org lain...itu memang aku.....KETIGA pula bermula dari teman kepada menjadi rasa......aku dapat rasa itu...tp aku tak tahu betulkah rasa itu....satu, dua ke tiga seterusnya berbelas2 pertemuan akhir tidak membuah rasa..bukan aku tapi dia.......penjelasan dibuat dan aku akur......sekali lagi aku memang aku....walau x mampu buang terus rasa itu, tp kejauhan bisa buat aku lupa.....takpe2.....aku tahu aku punya peluang itu, hanya perlu menunggu waktu...aku biarkan ...biarkan waktu itu....aku hanya perlu ikut jalan aku......*go with the flow......tak sedar macam2 emosi lahir sepajang thn nih..huhuhhuh (^_^) apa pun ku tahu ada yang sayang aku


~money2~
 KEWANGAN
Tahun ni jugak la aku dpt jugak membalas sket jasa mak apak aku....walaupun tak banyak tp aku puas sbb kurang2 aku dpt menjalani tanggungjwab aku sebagai anak (konon mahu jd solehah)...... dgn duet gaji ni jugak aku hehehehe malu mahu cakap daaa mendftar diri untuk ke kelas memandu *kene kecikkan font...ngeeee~...akhirnya impian  aku tercapai (walaupun agak terlambat a.k.a lanjut usia nak ada lesen)......tp biasa lah aku agak keborosan sket.....Untuk tahun depan kena bukak buku lejar plak...nak kira btul2 kerana perancangan aku untuk mengambil sesuatu yang 'baru' untuk dijadikan HADIAH hari lahirku  (tak kisah la...lambat ke cpt)........turut mahu menyimpan untuk hari tua....eh...bukan2...hari bahagia nanti.....pastu hari bila dh beranak pinak..pastu bru hari tua..hahahaha......oke2.....*stat 1 Jan 2011 nak menabung RM 1  Satu Hari...heeee~




Tibe2 xde idea plak........erm rasa nye cukop kot cerita carut carutan nih.....yg lain biarlah rahsia...huhuhuhuh apa pun 2011 nih mahu la sket pembaharuan....paradigma.....menjadi baik kepada yang lebih baik......kene pandang belakng sbb yg belakang tu yang membawa kita ke depan sehingga kita jadi macam ni......*aku tak akan lupa mana asal ku* kini mahu bukak buku baru......untuk rasa perkara baru yang lain plak.....tapi aku tetap aku.....aku takkan lupa aku.......dan aku akan terus mengetuk macam2 bende kt teropahopah aku nih....huhuhuhuhu nak jadi blogger yang berjaya.... :)

*akunotyyangbaik

Wednesday, December 22, 2010

CanTiK LeLaKi , GagAH WaNiTA

1 comments

busan dah tak tahu apa mahu dicoretkan tapi bila dah digodak2...akhirnya terlihat blog amirsaid7

ingat lelaki tak bley ke jadi cantik.....tp cantik lelaki cantik yang berbeza~

LELAKI CANTIK ialah
  • lelaki yang mengalirkan air mata untuk ingatan
  • lelaki yang sedia menerima sabarang teguran
  • lelaki yang memberi madu setelah menrima racun
  • lelaki yang tenang dan lapang dada
  • lelaki yang sentiasa berbaik sangka
  • lelaki yang tak pernah pututs asa

perempuan juga mampu jadi GAGAH~~

GAGAH perempuan bila:-

  • tahan menerima sebuah kehilangan
  • tidak takut dengan kemiskinan
  • tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • tidak meminta-minta untuk memenuhi segala keinginan

*akunotyyangbaik.

Tuesday, December 21, 2010

NaK WaT MaTa Besar BunTaQ (^_^)...info for gugurl only

3 comments
The following tricks will make your eyes look larger. (If you are nearsighted, your glasses will make your eyes look smaller, so your eye makeup needs to make your eyes look larger.)

1. Apply eye liner at the base of the top lashes, starting at the centre of the eye and continuing to the outer corner. The area between the centre and inner corner of the eye is not outlined. In the same way, apply eye liner on the lower lid only from the centre outwards.

2. The easiest way to apply eye liner on the lower lid is to dot eye liner at the base of the lashes and then blend it in with a thin sponge applicator

3. Apply white kohl pencil on the inside rim of the lower lashes. This will give you a dewy, wide-eyed look and make your eyes look larger.

4. Your lashes frame and define the shape of the eyes, which is why mascara makes the eyes look bigger. Add an extra coat of mascara to the outer lashes as this will elongate the shape of the eyes and make them appear larger.

~before~

~after~

*nak lebih santek n galak mata tuh...pemakaian bulu mata adalah digalakkan (pada mereka yg mempunyai bulu mata pendek macm saye oke!).....tp fake eyelash kene yg looks natural baru sesuai untuk dipakai pada siang hari....

Monday, December 20, 2010

iBu SayAnG Kamu

3 comments

pertama kali ibu tgk kamu......
ibu suka sangat
ibu tahu kamu untuk ibu........
kamu sihat sangat......
kamu juga sempurna di mata ibu

kamu nakal...sama macam ibu......
berlari sana sini...aduh sungguh buas kamu
tapi tak mengapa.....sebab kamu racun dan kamu juga penawar

bila di kantor ibu teringat kamu......
teringat keriangan kamu....
keriangan ketika terdengar suara ibu yang pulang dari kerja....
mengintai dan melihat kelibat ibu kamu pulang dari mencari rezeki yang halal

kamu kelihatan suka bila ibu mengagah kamu...
terasa penat hilang bila mana melihat kamu
ibu cuma harap satu, agar kamu tahu meninggalkan kamu
bukan bermakna tidak sayang pada kamu......
tapi itu pengorbanan ibu besarkan kamu.....
bagi kamu cukup makan...makan makanan yang menjadi kesukaan kamu

Ibu nak kamu tahu " IBU SAYANG KAMU"

Boboy jangan nakal-nakal kt rumah....nnti petang ibu main2 dengan kamu ye

*boboy merujuk kepada hamster jenis dwarf yang sangat cute (^_^)



~boboy selalu begini...noty like mummy~

*akunotyyangbaik

Wednesday, December 15, 2010

LaJu...LajU...BuAi Ku LaJu.....

7 comments

Laju laju buai ku laju.....
pohon beringin, daunnya rendang.....
tempat bermain pari dan mambang....
Aku nak kawin dengan anak raja......
Nak kawin anak raja !!!

*petikan lagu Bawang Putih Bawang Merah

Apsal aku tetiba dok gatai nyanyi lagu ni nih......
dok terbayang irama dan bait-bait lirik......
haish...saat otak berpusing.....
badan pulak menangkis segala kuman hitam
yang bisa buat diri lemah terbaring...owh tidak.....

bila keadaan jadi begini...mula pikiran sempit jadi pelik.....
terpikir macam macam....
dan yang paling best.......rasa mcm nak kawin
hati menjerit nak kawin...pulak dah ....
Ma! nak kawin......Ma! nak kawin....


~MAK KU MAK DARA~ XP


Pastu terngiang plak suara gempita bunda tercinta umpama jeritan MAK DARA

" Kalau dah gatai sangat,aku carikkan pak tua kerepot yg berbeskal yang sibuk dok carik anak dara tu....kau nak?"

Alamak........biar pun anaknyer ni cantik pun tidak...takat cute je ader..nak la jugak yang berstatus muda teruna......huhuhuhu

tak tercapai akal ku jika dipaksa juga berkahwin....terus-terus dapat gelaran opah, kene melayan cucu 'express' keliling pinggang...haaa tak ke naya.......tua sebelum usia.....tamo..tamo

haish bila nak demam.. mula merapek kerepek......auw..
Grrrrr~ sejuk plak di kubikel nih........
oke2 mahukan satu percutian ujung minggu ni......
hanya menunggu KA-ching...Ka-ching.......dan segala yang dirancang dapat direalisasikan....
Erm....rindu ~ BULAN


*Akunotyyangbaik

Wednesday, December 8, 2010

Angkara si KataK KemBoNg

2 comments


Angkara si katak kembong
Aku kebekuan
Aku kesejukan
aku terkandas........


Bahana Katak Kembong
Keluar suara lalakan yang menggila 
Yang bisa membuat lelendir telinga mencair....


Kau Katak Kembong.......ntah apa yang kau panggil
Teringat lagu bangau oh bangau
Lirik " katak oh katak kenapa panggil hujan??"
Aduh, tiba-tiba langit jadi kelabu


Awan tidak mampu menampung
Jisim berat si air yang terkandung
Disoroti dengan suara si Katak Kembong
Aduh......memang aku terkandas........


Aku mahu pulang
Tapi ini semua salah si Katak Kembong
Katak Kembong punya salah


Tapi alangkah bagus kalau
Aku ke temu sama Katak Kembong
Mungkinkah dengan satu ciuman akan menukarkan segalanya.....
Menukar langit menjadi cerah
Cerah sehingga wujud sang pelangi yang mampu memberi warna
Warna pada setiap manusia yang akhirnya membentuk satu senyuman....


Wah!!! aku mahu  Katak Kembong kalau begitu
Aku mahu warna pada hidup aku
Aku mahu rasa cerah dalam hidup aku


Atau mungkin kah Katak Kembong bisa bertukar menjadi teman dampingan?????




Ya2...aku Mahu Katak Kembong Itu.... 

*Akunotyyangbaik

Wednesday, December 1, 2010

HeY LaDIeS AnD GuYS.......

0 comments


Bicara Sang Arjuna bersama Si Dewi


SANG ARJUNA 

"Hey ladies jangan mau di bilang lemah. kamu juga bisa menipu dan menduakan. bila wanita sudah beraksi dunia hancur. hey ladies sekarang cinta pakai otak. jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu. bila dia merayumu ingat semuanya bohong."

petikan diambil dari  


 SI DEWI

"Hey Guys jangan mau di bilang kuat. kamu juga bisa jatuh dan ditinggalkan.bila wanita sudah beraksi dunia hancur. hey guys, cinta guys sekarang cinta seks (sebilangannya). jangan main hati dan juga main waktu. bila wanita menyerangmu ingatsemuanya angkara bohong kamu."

petikan dari nukilan Zakiah Mat Gendut

Kau yAng akU piLiH......

6 comments


Mula mengenali kamu
Aku terkaku
Aku malu tapi aku mahu juga pilih kamu

Kamu tidak lah sempurna mana
Tapi aku tetap pilih kamu
Kerana kau buat aku selesa
Selesa bila berada didakapan mu
Yang mampu memberi kehangatan kepada diriku
Saat aku perlu kamu
Kamu selalu ada untuk aku
Kau penenang jiwa ku
Saat ku ketakutan dengan detup detir sang guruh 
 Yang bermaharajalela di langit kelabu

Walau jauh mana aku dengan kamu
Kau tetap berada di fikiran ku, di mata ku
Di mulut ku sentiasa terukir nama panggilan manja mu

OOhh aku rindu kamu.....
Aku tak lena tanpa mu disisi.................

Walau banyak yang datang pada ku
Tapi aku tetap pilih kamu
Kerana kamu sahaja tahu aku
Dan aku tahu kamu
Ya aku tahu kamu
OOwh Bantal Busuk Ku....

Aku sentiasa setia dengan kamu
Walau terpaksa berkongsi kasih pada akan datang
Tapi AKU TETAP PILIH KAMU,........... :)








*akunotyyangbaik