![]()  | 
| ~matahari, ku biarkan kamu terbit sendiri~ | 
Ku terbaca ini di http://aeyincupid.blogspot.com........
dan ku tertarik untuk meletakkannya di ruangan ku tetapi di olah sedikit untuk lebih dramatik kesannya.......
Ku tujukankan khas pada DIA agar dia tahu maksud aku:-
1] ORANG yang mencintai kamu ini tidak  pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu  di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2]  Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, DIA tidak  peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi  impiannya.
3] ORANG yang mencintai kamu ini selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan  matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat  badan kamu sudah bertambah.
4]  ORANG yang mencintai kamu ini selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu  lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] ORANG yang mencintai kamu ini akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’,  dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan  kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang  berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6]  Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis  yang kamu adakan, setidak-tidaknya ORANG INI akan menelefon untuk mengucapkan  selamat atau mengirim SMS.
7]  ORANG yang mencintai kamu ini akan selalu mengingat setiap kejadian yang  dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah  melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan  saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa  berulang selalu.
8]  ORANG yang mencintai kamu ini selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu  ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah  mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa  banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya  kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9]  ORANG yang mencintai kamu ini akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran  kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa  kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati  kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10]  Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau  batuk-batuk, ORANG INI akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk  bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli  tentang kamu.
11] ORANG yang mencintai kamu ini selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
12] ORANG yang mencintai kamu ini sering melakukan hal-hal yang SENGAL  seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan  kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia  sedang memikirkan kamu.
13]  ORANG yang mencintai kamu ini kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan  hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan  tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan  melakukannya lagi.
14] Kalau  kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian  besar INBOX-nya. ORANG yang menyintai kamu ini masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu  kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan  surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi  benda-benda berharga buatnya.
15]  Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripada ORANG yang mencintai kamu ini atau memberi reaksi  menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,  walaupun hal itu membunuh hatinya.
16]  Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan kepada ORANG yang mencintai kamu ini, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang  lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
17]  ORANG yang begitu mencintaimu ini, tidak pernah memaksa kamu memberinya  sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia  tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
~notyyangbaik~
* Tiada alasan tapi sekurang-kurangnya apa yang di atas membantu untuk kau Sang Matahari fahami apa yang aku cuba sampaikan
 ~notyyangbaik~


2 comments:
noty...kamu jangan mudah mengalah....aku ada di samping kamu untuk itu...biarkan matahari itu terbit sendiri...dia akan sedar siapa kamu selepas dia hilang kamu...
itu yang noty ckp....noty biarkan matahari terbit sendiri.....kerena di luar kuasa noty untuk buat begitu......tiada paksaan untuk itu....dan biar ia terbit sendiri :)
Post a Comment