SUKU ABAD KU
akan bertemu
bertemu jasad dan perkiraan
SUKU ABAD KU bertemu
Lahir menjadi seri
rezeki kehendak Ilahi
kini sudah Suku Abad ku
tetap aku teguh berdiri
SUKU ABAD KU
Telah membawa aku
Terus menjadi aku
menelan nanah kesengsaraan
Juga menghirup wangian kehidupan
Namun ku syukur kerana aku terus
terus berdiri sehingga SUKU ABAD KU
SUKU ABAD KU
turut merubah aku
Dari aku yang kecil
ke aku yang besar
dari aku yang kosong
kepada aku yang terisi
dan buktinya pasti dan pasti
kerana kini sudah
SUKU ABAD KU
SUKU ABAD KU
bakal berlalu
pergi membawa segala yang pahit
segala yang hitam
segala yang sakit
ye sakit......Namun
itu tidak aku benci
malah bersyukur kerana ia bisa
jadikan aku seperti ini
sehingga SUKU ABAD KU
Kini, Di SUKU ABAD KU
Mahu aku bangkit
dan terus bangkit
memperelokkan segala yang sompek
menambah apa yang kurang
dan mengurangkan apa yang terlebih
untuk aku terus meneruskan hidup aku menapak ke hadapan
perlahan lahan mengharapkan perjalanan itu lancar
Ku bina kekuatanku, kehormatan ku, kekuasaan ku
agar kelak dapat dirasai oleh bakal-bakal yang akan menjadi aku
merasai kesenangan yang aku bawa sejak dari SUKU ABAD KU
Di SUKU ABAD KU
aku mahu buktikan, aku mampu
mampu untuk mendaki tinggi langit ke tujuh
atas usaha aku....ya...usaha aku dan juga doa ASAL ku
aku bangga.....di SUKU ABAD KU
ku Masih berdiri menjadi manusia yang mampu membuatkan
ASAL ku tersenyum kerana hasil lukisan yang dicorakkan terbentuk cantik, indah walaupun ada sedikit cela
tidak kisah kerana ia tetap indah....cantik
Menghitung saat ketibaan hari SUKU ABAD KU
dengan penuh keterujaan bercampur kesedihan kerana yang tinggal hanya kenangan yang boleh di ceritakan sebagai teladan pada diri sendiri......
Sejarah itu akan di pegang menjadi satu rujukan agar aku tidak terbang terlalu tinggi di langit hingga lupa bagaimana rupa bumi di bawah
~ HARAPAN AGAR AKU TETAP MENJADI AKU ~
walaupun AKUNOTYYANGBAIK
itu harus dikekalkan... :)
~rupa time suku abad~ (^_^) |